Saturday 31 May 2014

Nasi Ayam Claypot



Bahan-bahan

2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi / majerin
½ ekor ayam direbus dengan air secukupnya
1 batang serai
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
Sedikit rempah tumis iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Rebus ayam bersama sedikit garam dan juga serai sampai empuk. Angkat ayam dan simpan air stoknya untuk masak nasi.
  2. Basuh beras dan toskan airnya.
  3. Perapkan ayam seketika dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
  4.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan rempah hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau seketika. Selepas itu tuangkan stok ayam.
  6. Bila nasi hampir masak, susun ayam yg direbus tadi diatas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga masak. Sesekali elok dikacau supaya rata masaknya.

Petua Dapur 2


Petua Dapur 2


google picture


kentang lebih mudah dikupas





Cara mudah untuk mengupas kentang, adalah dengan merebuskan kentang yang hendak digunakan di dalam air yang bercampur sedikit garam. Rebus selama tiga hingga empat minit.

#p/s: Boleh juga guna kaedah di dalam video.. Senang dan ringkas difahamkan.. Selamat mencuba ^_^

Friday 30 May 2014

Resepi Ayam Rendang



Bahan-bahannya

1 ekor ayam dipotong ikut cita rasa
2 batang serai di titik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk digiling

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
15 tangkai cili kering
1 inci haliainci lengkuas
½ inci kunyit hidup

Cara-cara memasaknya

  1. Masukkan ayam dan bahan yang di siap di gling bersama serai. Gaul rata dan perap lebih kurang satu jam.
  2. Selepas itu masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. 
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit, kerisik, dan garam. Masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  4. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia di makan dengan ketupat dan lemang.
  5. Nyum-nyumm ^_^..


Punch Buah-Buahan



Punch buah-buahan



Bahan-bahan

1 tin buahn-buahan dalam tin
1 biji epal hijau dipotong dadu
1 biji epal merah dipotong dadu
1 biji isi oren dipotong dadu
10 biji anggur
10 biji longan
4 sudu besar kordial laici
Sedikit ketulan ais


Cara menyediakannya

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Masukkan ketulan ais batu dan masukkan kedalam gelas.
  3. Siap.. simplekan ^_^

Petua Dapur 1

Petua Dapur 1


goole picture


melembutkan daging ayam tua


Bagi anda yang ingin memasak hidangan mengunakan daging ayam tua pasti menghadapi ayam keras dan liat.
ini petua yang patut anda cuba. Semasa hendak memasak daging ayam ini masukkan 4 helai daun nangka kedalam masakan. nescaya, daging ayam akan lembut.

#p/s: ayam tua sedap dimasak lemak cili api negeri sembilan.. pedas.. gerenti terangkat punya.. ^_^

Thursday 29 May 2014

Kari Ikan Merah





Bahan-bahannya

1 ekor ikan merah dibersihkan dan potong
3 tangkai cili merah
3 camca besar rempah kari

Bahan untuk dikisar

2 bji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia

Bahan-bahan tumis

2 ulas bawang putih dihiris halus
4 bawang kecil merah dihiris halus
1 camca teh halba campur (halba,jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan lain

2 keping asam gelugor
2 biji terung dipotong dan di goreng separuh masak
3 biji tomato dibelah dua
½ cawan pati santan (guna yang kotak pon boleh)
2 biji cili merah/hijau dibelah dua
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuatnya


  1.  Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih lalu toskan.
  2. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaul rata.
  3.  Panaskan ½ cawan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan tumis hingga wangi.
  4.  Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Perlahankan api.
  5. Masukkan air ikut cita rasa dan kacau. Biar hingga mendidih.
  6.  Masukkan ikan, asam gelugur dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  7. Setelah mendidih masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau/merah.
  8. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidang...
  9. Selamat menjamu selera  ^_^...

Sunday 25 May 2014

Asam pedas nyonya




Asam Pedas Nyonya

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kerisi
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu kecil halba
1 biji tomato dipotong dua
5 biji kacang bendi
Bunga kantan atau daun kesum
Air asam jawa
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1cm halia
2cm kunyit hidup

Cara menyediakannya

1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang   besar dan halba hingga naik bau dan bawang besar sedikit layu.
2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan sedikit air, biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
5. Masukkan garam dan tunggu seketika sehingga masak..

Done
#p/s: boleh goreng ikan separuh masak dahulu kepada yang tidak menyukai bau hanyir ikan.. selamat menjamu selera.. ^_^

Teh Serai



Teh Serai

Bahan-bahannya

15ml gula sirap
15 ml sirap serai
Sedikit pati teh

Cara menyediakannya

1. Masukkan ais kedalam gelas.
2. Kemudian masukkan sirap gula, sirap serai, dan atas sekali dengan teh.
3. Hiaskan dengan sebatang serai dan hidangkan.


#p/s: sesuai dihidang pada waktu panas.. menghilangkan rasa dahaga.. selamat mencuba.. ^_^


salam pengenalan ^-^





Assalamualaikum...

Blog variety of malaysian cuisine di tubuhkan untuk berkongsi resepi makanan yang ada di seluruh malaysia. Pelbagai resepi akan dikongsi berdasarkan daripada pelbagai sumber. Terima kasih kepada yang membantu menyiapkan blog ini.. :)

 *yang lansung atau tidak langsung*