Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik


Bahan-bahannya

1 ekor ayam di potong empat
1 ½ cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
½  camca kecil jintan putih
½ cawan tepung beras
Sedikit asam jawa atau asam keping
Sedikit  cili kering ( jika mahu kuah merah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya


  1. Kisarkan bawang, halia, serai, ketumbar, jintan dan perap bersama selama setengah  jam.
  2. Masukkan sedikit tepung beras yang digaul bersama santan dan bahan lain bersama ayam yang diperap tadi.
  3. Masak sehingga ayam tiga suku masak dan kuah agak pekat.
  4. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  5. Bakar ayam ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama setengah jam atau setelah ayam agak keperangan.
  6. Hidang ayam dicelup dengan kuah lebihan tadi bersama nasi..
 Nyum..nyum ^_^.. 

Wednesday, 4 June 2014

resepi ayam masak merah


Bahan-bahannya

½ ekor ayam
1 biji bawang besar
1 biji tomato dipotong dadu
½ cawan sos tomato
Garam dan kunyit secukupnya

Bahan dikisar

4-5 biji cili kering
1sm halia
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan hiasan

½ bawang besar di potong bulat
Kacang hijau secukupnya

Cara memasak

1.       Bersihkan ayam lalu potong kecil-kecil dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga setengah masak.
2.       Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian dimasukkan sos tomato dan tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
3.       Masukkan ayam dan biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah di gaul.
4.       Bila kuah sudah pekat bolehlah masukkan bahan-bahan hiasan.
5.       Biar selama satu hingga dua minit.

6.       Tadaaaa ^_^.. da boleh di angkat..

Sunday, 1 June 2014

Resepi Ayam Kurma


Bahan-bahan

500gm ayam dipotong sederhana besar
1000ml santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3sm halia
1 paket rempah kurma dicampur sedikit air menjadi pes
2 biji kentang besar
2 tangkai cili hijau
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
Sedikit garam, serbuk perasa

Cara-cara membuatnya

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Tumiskan bahan diatas sehingga bewarna kekuningan.
  3. Masukkan pes kurma dan biar sebentar hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan ayam dikuti santan.
  5. Gunakan api sederhana biarkan mendidih seketika sebelum masukkan kentang.
  6. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yang dibelah empat, cili hijau, garam dan perasa.
  7. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehla dihidangkan..
  8. Masak untuk 4 orang makan.. ^_^ selamat menjamu selera

Saturday, 31 May 2014

Nasi Ayam Claypot



Bahan-bahan

2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi / majerin
½ ekor ayam direbus dengan air secukupnya
1 batang serai
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
Sedikit rempah tumis iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Rebus ayam bersama sedikit garam dan juga serai sampai empuk. Angkat ayam dan simpan air stoknya untuk masak nasi.
  2. Basuh beras dan toskan airnya.
  3. Perapkan ayam seketika dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
  4.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan rempah hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau seketika. Selepas itu tuangkan stok ayam.
  6. Bila nasi hampir masak, susun ayam yg direbus tadi diatas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga masak. Sesekali elok dikacau supaya rata masaknya.

Friday, 30 May 2014

Resepi Ayam Rendang



Bahan-bahannya

1 ekor ayam dipotong ikut cita rasa
2 batang serai di titik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk digiling

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
15 tangkai cili kering
1 inci haliainci lengkuas
½ inci kunyit hidup

Cara-cara memasaknya

  1. Masukkan ayam dan bahan yang di siap di gling bersama serai. Gaul rata dan perap lebih kurang satu jam.
  2. Selepas itu masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. 
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit, kerisik, dan garam. Masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  4. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia di makan dengan ketupat dan lemang.
  5. Nyum-nyumm ^_^..