Saturday 7 June 2014

Resepi Nasi Minyak Pandan


Bahan-bahan

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1 sudu makan garam
Kiub ayam
Bawang goreng
Daun ketumbar
Sedikit pewarna hijau

Bahan dihiris

½ inci halia
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-cara menyediakan


  1. Beras basmathi hendaklah dicuci bersih kemudian masukkan dalam periuk. Masukkan juga secawan air dan rendam seketika.
  2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan air pandan tadi bersama dua cawan air kedalam tumisan.
  4. Kemudian curahkan air tumisan tadi dan kiub ayam kedalam periuk mengandungi beras basmathi tadi. Masukkan sedikit garam dan selepas itu masaklah seperti biasa.
  5. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau ke atas nasi. Kemudian tutup periuk nasi sehingga masak.
  6. Nasi sudah masak, kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


 Let enjoy it’s!!!! ^_^... 

0 comments:

Post a Comment