Friday 6 June 2014

Resepi Puding Pelangi



Resepi Puding Pelangi


Bahan a

15gm serbuk agar-agar
1 tin susu  cair
4 tin susu segar (gunakan sukatan tin susu cair)
4 sudu besar tepung kastard
1 tin susu pekat
2 sudu besar esen vanilla
Bahan b
4 biji kuning telur
3 sudu besar mentega cair
4 sudu serbuk koko


Cara menyediakannya

  1. Satukan bahan b dan kacau sebati sehingga rata dan tidak berketul. Ketepikan.
  2. Ambil periuk yang agak besar, tuang semua bahan a. Kacau rata terlebih dahulu sebelum dimasak diatas dapur.
  3. Setelah kacau rata, letak diatas api yang perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  4. Matikan api tuang sebahagian adunan kedalam adunan bahan b dan kacau rata.
  5. Ambil loyang, sendukan adunan kuningdibahagian tengah, dan sendukan pula adunan koko diatasnya. Ulang hingga selesai. Jika loyang anda lebar ia boleh dibuat dua tompokkn agar coraknya lebih cantik. Adunan yang disenduk tidak perlu diratakan, kerana adunan akan merata sendiri bila ia memenuhi loyang.


0 comments:

Post a Comment