Sunday 29 June 2014

Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala



bahan-bahannya

2 cawan tepung
1 3/4 cawan air
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
3 keping daun pandan
2 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning
corong roti jala


cara membuat roti jala


  1. campurkan tepung, telur, pewarna dan air didalam mangkuk. ikat daun pandan.
  2. panaskan kuali dan sapukan permukaan kuali dengan daun pandan yang di sapu minyak masak.
  3. tuangkan adunan kedalam corong roti jala. sambil adunan kelur dari bawah corong, buat pergerakan putar di atas kuali untuk membuat seperti renda.
p/s: nantikan resepi kari ayam akan datang.. sedap dimakan bersama roti jala.. selamat mencuba :)

Resepi Puding Telur

Resepi Puding Telur


bahan-bahannya

6 biji telur
1 tin susu pekat
1/2 cawan gula
1 tin susu sejat
2 tin air (ikut tin susu)
esen vanilla
1 sudu teh gula dicairkan


cara-cara membuatnya


  1. pukul telur dengan gula sehingga larut.
  2. kacau susu pekat dengan air dan esen vanilla.
  3. kacau sehingga sebati
  4. tuang 1 sudu besar gula cair kedalam beberapa mangkuk kecil.
  5. tuang campuran telur dan gula dan kukus selama 10-15 minit.


selamat mencuba :).. lepas kukus, kalau suka sejuk letak kat fridge..

Thursday 26 June 2014

Resepi Bubur Sum-sum

last entry for malam nie.. good nite semua.. :)

Resepi Bubur Sum-sum

bahan-bahannya

1 cawan tepung beras
4 cawan santan kelapa
secubit garam
1 keping gula melaka
1 keping daun pandan

cara menyediakannya


  1. gaulkan tepung beras dan garam. masukkan santan kelapa dan gaul.
  2. masukkan adunan di atas api perlahan dan terus kacau sehingga tidak melekat di dalam periuk.
  3. tuang adunan ke dalam mangkuk kecil dan biarkan sejuk. hidangkan bersama air gula.


#p/s: cara membuat air gula: rebus gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga pekat sedikit. biarkan sejuk.. done.. sedap n manis.. selamat mencuba.. ^_^.. dulu kecil2 selalu makan kat kenduri.. sekarang da jarang ada.. 

Resepi Kuih Gulung

Resepi Kuih Gulung


bahan-bahan

1 buku sandwich yang belum dipotong
55gm mentega
55gm selada air
115gm ikan salmon salai
lada hitam
1 sudu teh jus limau

cara menyediakannya


  1. ambil roti dan buangkan kulitnya
  2. potong roti kepada dua bahagian memanjang 1/4 daripada roti
  3. gelek setiap keping roti yang telah dipotong tadi sehinnga nipis.
  4. sapu mentega diatas roti. buangkan tangkai dari selada air, susunkan daun-daun diatas roti.
  5. susun kepingan ikan salmon salai diatas daun selada air. taburkan lada hitam dan renjis dengan jus limau.
  6. gulung setiap keping roti seperti swiss roll.
  7. balut gulungan roti dengan pembalut plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam
  8. buangkan balutan plastik dan potong setiap gulungan kepada 7 potongan.
  9. susun diatas piring dan hiaskan dengan selada air.

done!!! ^_^

Resepi Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis


bahan-bahannya

5 biji telur
1 tin susu sejat
1 cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
pewarna hijau dan kuning (warna boleh ikut suka)

cara menyediakannya


  1. pukul gula dan telur sehingga naik dan gebu. tambahkan susu sejat.
  2. tambahkan tepung jagung dan kacau sebati. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. warnakan satu bahagian adunan kepada hijau dan satu lagi kuning. sediakan pengukus.
  4. masukkan satu cawan adunan kuning ke dalam bekas. kukus adunan sehingga masak.
  5. masukkan satu adunan hijau di atas lapisan yang telah masak tadi dan kukus. ulang sehingga adunan habis.
  6. keluarkan selepas lapisan terakhir masak. sejukkan sebelum dihidang.

#p/s: selalu di letak pewarna pink dan satu lagi warna biasa putih. tapi tak salahkan warna warni.. ikut selera k.. :)

Monday 16 June 2014

Amira Seafood

Kedai untuk diriview untuk harinie.. 


Menu pilihan: nasi putih, tomyam poktek, n nasi goreng kampung

Suasana kedai dan menu-menu lain dikedai.. ^_^

Oder da sampai.. jom makan-makan.. 

Sambil layan tengok tv.. haha.. ada cerita hantu malam nie kat astro citra..



Lokasi : Nilai, Negeri Sembilan
Amira Seafood,  Nasi bubur berlauk


Sunday 15 June 2014

Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel


bahan karamel
1 cawan gula
1 cawan air

bahan puding
1 tin susu cair
4-5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu kecil gula


cara memasaknya


  1. buat gula karamel dengan cara mencairkan gula diatas api sederhana besar sehingga gula bertukar menjadi warna coklat.
  2. perlahankan api dan masukkan air. besarkan semula api, kacau perlahan-lahan sehingga gula cair sepenuhnya.
  3. masukkan gula karamel kedalam loyang.
  4. untuk membuat adunan puding, masukkan telur, susu cair, dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukul sampai kembang.
  5. masukkan adunan puding ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi.
  6. kukus selama 40 minit. apabila sudah masak angkat dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan..


nyummy ^_^


Saturday 14 June 2014

Resepi Paceri Nenas



bahan-bahan

1 biji nanas dikupas dan potong besar ikut suka
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 batang cili merah dihiris panjang
1 batang cili hijau dihiris panjang juga
2 biji  bawang besar dihiris nipis
5-6 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
1 1/2 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukupnya

cara menyediakannya

rebus nanas bersama sedikit pewarna kuning selama 5minit. tuskannya.
panaskan minyak. tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, dan kayu manis sehingga naik bau dan garing.
kemudian masukkan rempah kari, garam dan gula secukupnya. tumis hingga pecah minyak.
masukkan nenas, cili hijau dan merah. masak nanas sebati bersama kuah...


#p/s: it's done.. yummy.. kalau dekat kampung dipanggil pajeri nenas. my favourite.. lagi-lagi bila kat kenduri..

Friday 13 June 2014

Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Sarang Semut

bahan-bahan

125gm mentega
50gm gula
175gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila

bahan hiasan

mangkuk kertas
coklat urai


cara menyediakannya


  1. satukan mentega dan gula, gaulkan sebati.
  2. masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, kuning telur dan esen vanilla, uli sehingga adunan sebati.
  3. simpan seketika doh dalam peti ais selama 30 minit.
  4. keluarkan doh dari peti ais dan sagat halus.
  5. ambil sesudu doh yang telah di sagat dan letakkan di dalam mangkuk kertas. susunkan diatas dulang pembakar.
  6. taburkan coklat urai dan bakar pada suhu 170c selama 15minit sehingga 20 minit.


selamat mencuba.. ^_^

Wednesday 11 June 2014

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik


cara 1

bahan-bahan:

1 tin susu pekat
1 ketul butter
1 cawan milo
1/2 cawan koko
2 bungkus biskut merry

simplekn bahan untuk buat kek batik nie.. seterusnya langkah membuatnya:

  1. cairkn butter dlm kuali dgan api kecil
  2. da cair masukkn susu pekat
  3. diikuti milo n koko kacau sehingga rata
  4. pecahkn biskut merry kepada 2 bahagian
  5. matikan api dan msukkn terus biskut merry ke dalam kuali. gaul sampy rata
  6. sudah itu msuk ke dalam bekas..( ratakn n tekan padat)
  7. kalau nk leh ltak hiasan spti chocolate rice.. (klau xnk pon xpe)



cara 2

Bahan-Bahan:

1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
  2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
  3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar.
  4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
  6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
  7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras. 

Cadangan Hidangan:

Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam.
Boleh ditabur dengan coklat rice atau coklat chips atau colourful rice untuk hiasan.

#p/s: bila tgok dan nak buat simple je kek nie... bolih buat desert kan.. atau petang2 kt luar rumah mkan dengan family,,, so sweet..

try la k... slmat mencuba!!!!

Resepi Tauhu Sumbat Sosej

Resepi Tauhu Sumbat Sosej

Bahan-bahan

3 keping tauhu digoreng
3 batang sosej dipotong halus
10gm minyak masak
1 labu bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil sos plum
20gm sayur campuran
10gm bijan panggang
Garam secukup rasa

Cara memasaknya

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, sos plum, dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Masukkan sayur campuran, sosej dan masak hingga pekat.
  4. Masukkan bijan panggang dan gaul rata. Tutup api dan ketepikan.
  5. Ambil tauhu yang telah digoreng lalu potong kepada 2 bahagian menjadi segi tiga.
  6. Korek sedikit isi tauhu lalu sumbatkan dengan inti yang telah disediakan tadi.
  7. Boleh dihidangkan.. ^_^


Resepi Punch Cinta Sakti


Resepi Punch Cinta Sakti

Bahan-bahan

100ml jus nanas
100ml jus anggur
50ml jus pic
50ml air soda
1 sudu besar madu
½ kecil jus lemon

Cara menyediakannya

  1. Campur kesemua jus bersama madu dan kacau rata.
  2. Tuangkan kedalam gelas. Tambahkan jus lemon dan air soda. Kacau sebati dan hidangkannya.

#p/s: boleh tambah ais jika hendak sejuk.. ^_^


Resepi Gulungan Ayam Bercendawan Sos Oren

Resepi Gulungan Ayam Bercendawan Sos Oren


Bahan-bahan

250gm ayam kisar
100gm sayur campuran dicelur
2 sudu kecil sos tiram
2 biji telur
2 biji cendawan shiitake
2 biji cendawan butang
1 sudu serbuk lada hitam
10gm  lobakk merah dicelur

Bahan sos oren

10gm minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili thai
1 biji oren


Cara memasaknya

  1. Gaulkan semua bahan sehingga sekata lalu letakkan lobak merah dibahagian tengah.
  2. Gulung ramuan tadi dengan menggunakan plastik, kemudian diikat di setiap  hujungnya dengan kemas. Kukus hingga masak.
  3. Untuk menyediakan sos, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing, masukkan sos cili thai.
  4. Akhir sekali masukkan isi oren dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
  5. Done.. ^_^


Resepi Biskut Cornflake Oren

Resepi Biskut Cornflake Oren


Bahan a
130gm mentega
1 sudu besar shortening
70gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla

Bahan b
60gm cornflake dikisar
30gm badam cincang

Bahan c
70gm tepung jagung
160gm tepung gandum

Bahan hiasan
Kuning telur, serbuk roti dan badam

Cara menyediakannya
  1. Satukan bahan a dan pukul sebati
  2. Masukkan bahan b dan c gaul rata. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Canai dan terapkan dengan acuan yang digemari dan susun diatas dulang pembakar.
  4. Hiaskan dengan kuning telur, serbuk roti dan badam, bakar sehingga masak.


#p/s: boleh juga hiaskan diatasnya dengan coklat masakan ^_^.. selamat mencuba.

Tuesday 10 June 2014

Resepi Kuih Putu Kacang




Resepi Kuih Putu Kacang



bahan-bahannya

300gm kacang hijau digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit dan dikisar halus
200gm gula aising
150ml air sejuk


cara menyediakannya


  1. satukan tepung kacang hijau dan gaul sebati.
  2. tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga sebati. perapkan adunan selama setengah jam ditutup dengan kain kasa basah.
  3. tekan adunan kedalam acuan yang telah di taburkan dengan tepung sagu. tekan padat dan keluarkan dengan mengetuknya sedikit.
  4. selesai proses, jemur di tempat yang panas atau bakar dalam ketuhar selama 5 minit.


#p/s: kuih traditional yang simple dan mudah.. ^_^ bolehla mencubanya.. sedap dan menyelerakan.

Resepi Brownies



Resepi Brownies


bahan-bahannya

150gm coklat masakan
113gm mentega
215gm serbuk koko diayak
95gm tepung gandum diayak
1/2 suudu kecil serbuk penaik diayak
1/2 sudu kecil esen vanilla
200gm gula kastor
3 biji telur
sedikit hirisan badam
sedikit cip coklat

cara menyediakannya


  1. panaskan coklat masakan dan mentega di atas api sehingga cairdan sejukkannya.
  2. kacau telur, gula dan esen vanilla dengan menggunakan pemukul.
  3. kemudian masukkan coklat yang telah sejuk tadi, diikuti dengan serbuk koko, tepung gandum dan serbuk penaik.
  4. gris tin pembakar bersaiz 7x7 inci dan alaskan dengan kertas minyak. tuangkan adunan kedalam tin dan tabur dengan hirisan badam serta cip coklat.
  5. bakar pada suhu 180c selama 45minit.


cuba try.. ^_^ da cuba try la pulakkan..  perkataan berlainan tapi maksud sama.. hehe.. selamat mencuba resrpi brownies nie..



Monday 9 June 2014

Resepi Kek Marble




Resepi Kek Marble


bahan-bahannya

200gm gula halus
200gm mentega
200gm tepung gandum diayak
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
1 sudu kecil ovallate
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coklat emulco

cara menyediakannya


  1. gris loyang berukuran 7'x7 inci.
  2. pukul telur, gula, dan ovallate sehingga gebu. kemudian masukkan pula tepung gandum dan serbuk penaik serta esen vanilla.
  3. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi masukkan coklat emulco.
  4. tuangkan adunan kedalam tin pembakar secara berselang-seli mengikut kreativiti anda. bakar pada suhu  180c selama 45minit.
selamat mencuba kek marble yang simple lagi sedap ^_^

Resepi Sambal Jantung Pisang



Resepi Sambal Jantung Pisang

Bahan-bahan

2 biji jantung pisang rebus dan hiris
20 tangkai cili kering dikisar
5 ulas bawang besar dikisar
1 sudu besar ikan bilis dikisar
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar  ikan bilis goreng
Gula dan garam secukupnya
2 sudu minyak masak untuk menumis
Air asam jawa


Cara memasaknya

  1. Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar, kacau rata sehingga garing.
  2. Masukkan bilis kisar, bawang besar, jantung pisang dan kerisik, kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih.
  3. Setelah itu masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam. Biarkan sebentar, last sekali masukkan ikan bilis..
  4. Nyum.. nyum ^_^..


Resepi Timun Tumis Darat

Resepi Timun Tumis Darat

Bahan-bahan

1 biji timun masak dibuang kulit dan potong
400ml santan
2 sudu besar rempah kari
10 ekor udang
200ml air
Minyak untuk menumis


Bahan-bahan untuk menumis

5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3cm halia dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis


Cara menyediakannya

  1. Rebus timun bersama air dan rempah kari sehingga naik baunya.
  2. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan udang dan kacau rata, sesuaikan rasanyanya dan angkat.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga garing.
  5. Angkat dan tuangkan kedalam kuah dan tutup periuk..
  6. Done.. ^_^


Sunday 8 June 2014

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik


Bahan-bahannya

1 ekor ayam di potong empat
1 ½ cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
½  camca kecil jintan putih
½ cawan tepung beras
Sedikit asam jawa atau asam keping
Sedikit  cili kering ( jika mahu kuah merah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya


  1. Kisarkan bawang, halia, serai, ketumbar, jintan dan perap bersama selama setengah  jam.
  2. Masukkan sedikit tepung beras yang digaul bersama santan dan bahan lain bersama ayam yang diperap tadi.
  3. Masak sehingga ayam tiga suku masak dan kuah agak pekat.
  4. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  5. Bakar ayam ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama setengah jam atau setelah ayam agak keperangan.
  6. Hidang ayam dicelup dengan kuah lebihan tadi bersama nasi..
 Nyum..nyum ^_^.. 

Resepi Jus Epal Kayu Manis


Bahan-bahan

1 biji epal hijau
1 sudu kecil sirap gula
Sedikit ais
Sedikit serbuk kayu manis
Air secukupnya


Cara menyediakanya

  1. Masukkan epal hijau bersama sedikit air kedallam pengisar dan kisar hingga hancur.
  2. Tapis dan masukkan ke dalam gelas. Tambahkan sirap gula dan serbuk kayu manis.
  3. Tambahkan ais sebelum dihidang.
  4. Selamat mencuba.. ^_^

MMA Santai Corner

Tempat makan yang menarik untuk direview..

Lokasi: Nilai, Negeri Sembilan

MMA Santai Corner



Tempat masuk


Aneka gerai pilihan yang terdapat disini ^_^.. Suasana yang diselalu dipenuhi pelanggan



Antara menu pilihan.. mee goreng mamak, char kuey teaw udang, satay kajang walaupun bukan dekat kajang.. huhu.. coconut shake, air suam dan teh tarik.. ^_^


Yang special di sini terdapat lokasi penggemar burger yang Famous iaitu Burger Bakar  Abang Burn

Petua Dapur 3

Petua Dapur 3


google picture


cucur bawang lebih lembut

untuk mendapatkan cucur bawang yang lembut, masukkan sedikit demi sedikit air panas kedalam adunan tepung. gaul adunan sehingga sebati. selepas itu, campurkan sedikit tepung gandum , sedikit garam, sebiji telur dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut. tujuan mencampurkan tepung dan air untuk mempercepatkan menggoreng. telur untuk menggaringkan cucur.

#p/s: credit picture owner

Saturday 7 June 2014

Resepi Sambal Udang Cili Kering


Bahan-bahan

10 ekor udang besar bersihkan dan perapkan satu sudu kecil gula dan jus limau nipis
10 tangkai cili kering sangai tanpa minyak dan kisar halus
5 tangkai cili padi dikisar
10 ulas  bawang merah dihiris
6 ulas bawang putih dikisar
3 helai daun limau purut
2 tangkai daun kari
1 kiub pati  ikan bilis
1 biji telur
2 sudu besar sos tomato
1 gelas air
1 sudu kecil rempah kari daging
1 cawan bawangg goreng
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya


Cara memasaknya

  1. Udang yang telah diperap dikukus sehingga warnanya berubah menjadi merah, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah sehingga naik aromanya.
  3. Masukkan cili kisar, daun kari, dan daun limau, bawang putih dan cili padi dan kacau rata dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan jus limau, rempah kari, sos tomato, kiub pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa, masak sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan bawang goreng.
  6. Setelah itu masukkan udang yang telah dikukus tadi. Balik-balikkan.
  7. Apabila kuah hampir pekat, keluarkan udang.
  8. Pecahkan telur kedalam kuah dan kacau sehingga telur masak.
  9. Tutup api dan angkat sambal dan tuangkan keatas udang tadi.
  10. Taburkan kacang tanah dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Selamat mencuba.. ^_^

Resepi Salad Ikan Sardin



Resepi Salad Ikan Sardin

Bahan-bahannya

100gm sayuran campur
½ tin susu cair
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil gula
Sedikit lada sulah
5 ekor ikan sardin tin
½ cawan serbuk biskut tawar
1 biji telur
Garam
Minyak masak


Cara membuatnya

  1. Celupkan ikan dalam telur dan gaulkan dengan serbuk biskut.
  2. Goreng hingga kuning dan angkat.
  3. Satukan semua bahan kecuali sayur campur. Kacau sehingga menjadi pekat.
  4. Masukkan sayur campur dan kacau rata.
  5. Tadaaaa.. ^_^


Resepi Nasi Minyak Pandan


Bahan-bahan

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1 sudu makan garam
Kiub ayam
Bawang goreng
Daun ketumbar
Sedikit pewarna hijau

Bahan dihiris

½ inci halia
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-cara menyediakan


  1. Beras basmathi hendaklah dicuci bersih kemudian masukkan dalam periuk. Masukkan juga secawan air dan rendam seketika.
  2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan air pandan tadi bersama dua cawan air kedalam tumisan.
  4. Kemudian curahkan air tumisan tadi dan kiub ayam kedalam periuk mengandungi beras basmathi tadi. Masukkan sedikit garam dan selepas itu masaklah seperti biasa.
  5. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau ke atas nasi. Kemudian tutup periuk nasi sehingga masak.
  6. Nasi sudah masak, kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


 Let enjoy it’s!!!! ^_^... 

Resepi Dori Sambal Mangga



Resepi Dori Sambal Mangga

Bahan-bahan yang diperlukan

300gm ikan dori dihiris panjang
1 biji telur dipukul
½ cawan tepung jagung
1 sudu besar bijan hitam
Sedikit garam
Minyak untuk mengoren

Bahan sambal

3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
Sedikit belacan
1 biji mangga masak dicincang
Garam dan gula secukupnya

Cara menyediakannya

  1. Celup ikan kedalam telur.
  2. Gaulkan dalam tepung dan bijan.
  3. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan angkat.
  4. Tumbuk semua bahan sambal, sesuaikan rasanya dan hidangkan bersama ikan dori tadi..
  5. Selamat menjamu selera.. ^_^


Friday 6 June 2014

Resepi Ikan Selar Kuning Bakar


Bahan-bahan

6 ekor ikan selar kuning dibersihkan
8 tangkai cili kering dikisar
3 ulas bawang putih ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
2 keping asam gelugur
Sedikit belacan
Garam dan gula


Cara menyediakannya


  1. Ikan dibakar sehingga masak dan ketepikan seketika.
  2. Tumiskan bahan tumbuk dan  belacan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili,  asam gelugur, garam dan gula. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan yang telah di bakar tadi terlebih dahulu dan gaul rata.


  ^_^ selamat menikmati dan sedap di makan panas-panas..

Resepi Tauhu Goreng Sos Kacang





Resepi Tauhu Goreng Sos Kacang

Bahan-bahannya
6 keping tauhu putih digoreng dan dipotong
2gm tauge dicelur
1 biji timun dihiris serong
40gm asam jawa bancuh menjadi 1
½ cawan air asam jawa
1/3 cawan kicap manis
½ cawan gula merah
Minyak secukupnya untuk mengoreng tauhu
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus
15-20 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 cawan kacang tanah digoreng dengan minyak


Cara menyediakannya
  1. Campurkan kacang tanah dan bahan tumbuk lain dengan air asam dan kacau rata.
  2. Masukkan gula dan garam sambil kacau lagi. Kemudian masukkan kicap.
  3. Susun tauhu di dalam pinggan, letak taugeh dan timun diatasnya dan kemudian siramkan dengan kuah kacang.
  4. ^_^..  cube try k..


Resepi Puding Pelangi



Resepi Puding Pelangi


Bahan a

15gm serbuk agar-agar
1 tin susu  cair
4 tin susu segar (gunakan sukatan tin susu cair)
4 sudu besar tepung kastard
1 tin susu pekat
2 sudu besar esen vanilla
Bahan b
4 biji kuning telur
3 sudu besar mentega cair
4 sudu serbuk koko


Cara menyediakannya

  1. Satukan bahan b dan kacau sebati sehingga rata dan tidak berketul. Ketepikan.
  2. Ambil periuk yang agak besar, tuang semua bahan a. Kacau rata terlebih dahulu sebelum dimasak diatas dapur.
  3. Setelah kacau rata, letak diatas api yang perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  4. Matikan api tuang sebahagian adunan kedalam adunan bahan b dan kacau rata.
  5. Ambil loyang, sendukan adunan kuningdibahagian tengah, dan sendukan pula adunan koko diatasnya. Ulang hingga selesai. Jika loyang anda lebar ia boleh dibuat dua tompokkn agar coraknya lebih cantik. Adunan yang disenduk tidak perlu diratakan, kerana adunan akan merata sendiri bila ia memenuhi loyang.


Thursday 5 June 2014

Resepi Kurma Ais




Resepi Kurma Ais

Bahan-bahannya

100gm buah kurma
100ml air
1 sudu kecil sirap ros
Sedikit air


Cara menyediakannya

  1. Masukkan buah kurma ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  2. Kemudian masukkan sirap ros dan ais. Kisar lagi dan tuang kedalam gelas.
  3. Sedia dihidangkan.. ^_^

#p/s: sempena ramadhan akan datang, pelbagai resepi seperti kuih-muih, juadah, air akan di paparkan di blog variety of malaysian cuisine.. resepi kurma ais dapat menghilangkan rasa dahaga seharian berpuasa. selamat mencuba.


Resepi Kek Mocha Kukus



Resepi Kek Mocha Kukus


Bahan-bahan

1 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan air panas mendidih
1 cawan minyak jagung
½ tin susu pekat
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan serbukmocha atau serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik


Cara memasaknya

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
  2. Masukkan air panas, susu pekat serta minyak jagung dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik, seta serbuk mocha, pukul seketika.
  4. Tuangkan adunan kedalam cawan kertas kecil dan kukus sehingga masak.
  5. Siap sudah.. ^_^.. hias ikut kreativiti anda.. 


Resepi Air Asam Ala Thai


Bahan-bahan

5 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
4 biji limau kasturi
Sedikit air asam jawa
Sedikit cuka
Garam secukupnya

Cara membuatnya


  1. Goreng hingga garing cili kering, cili padi dan bawang putih yang di potong bersama dua sudu besar minyak masak.
  2. Selepas garing, angkat kemudian ditumbuk hingga hancur.
  3. Masukkan kedalam mangkuk lalu campur dengan air semua bahan lain. Kacau hingga sebati..
  4. Siap da ^_^.. simplekan..

Wednesday 4 June 2014

resepi ayam masak merah


Bahan-bahannya

½ ekor ayam
1 biji bawang besar
1 biji tomato dipotong dadu
½ cawan sos tomato
Garam dan kunyit secukupnya

Bahan dikisar

4-5 biji cili kering
1sm halia
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan hiasan

½ bawang besar di potong bulat
Kacang hijau secukupnya

Cara memasak

1.       Bersihkan ayam lalu potong kecil-kecil dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga setengah masak.
2.       Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian dimasukkan sos tomato dan tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
3.       Masukkan ayam dan biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah di gaul.
4.       Bila kuah sudah pekat bolehlah masukkan bahan-bahan hiasan.
5.       Biar selama satu hingga dua minit.

6.       Tadaaaa ^_^.. da boleh di angkat..

Tuesday 3 June 2014

Resepi Kambing Beriani


Bahan-bahannya

2kg daging kambing
4-5 sudu besar rempah beriani
2 biji bawang merah dimayang
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
4 sudu besr sos tomato/ tomato puri
1 cawan susu cair
Sedikit bunga lawang, bungga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
Lada hijau
Daun ketumbar/ daun bawang/  kismis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar

4 biji tomato
1 biji bawang merah besar/ 5 biji shallots
3 ulas bawang putih
½ inci halia

Cara membuatnya


  1. Panaskan minyak sapi dan bersama minyak masak. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang merah yang dimayang.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar kecuali tomato kisar lalu tumis sebentar.
  3.  Apabila telah naik bau, masukkan rempah beriani.
  4. Apabila rempah telah garing, masukkan  tomato yang telah dikisar, tomato puri, lada hijau, garam, gula dan susu.
  5. Apabila terbit minyak masukkan daging kambing yang telah di potong.
  6. Masakkan menggunakan api kecil sehingga terbit minyak lagi.
  7. Bila sudah masak, masukkaan daun ketumbar, daun bawang tadi bersama kismis.

Monday 2 June 2014

Resepi Nasi Beriani Daging


Bahan-bahannya

2kg beras beriani
250gm minyak sapi
150gm rempah beriani
50gm daun ketumbar
50gm daun pudina
50gm serbuk kunyit
10gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
10gm kulit kayu manis
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
Garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar

150gm bawang besar
20gm halia
3 ulas bawang putih

Cara-cara masaknya

  1. Panaskan minyak lalu tumiskan rempah bunga lawang, kayu manis, cengkih, da n buah pelaga.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah berianidan letak susu cair lebih kurang  1 tin.
  3. Basuh beras dan letak sukatan air yang sama banyak dengan beras. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumis tadi kedalam periuk nasi yang berisi beras yang sudah dibasuh tadi. Tanak sehingga masak.
  4. Bagi mendapatkan nasi beriani daging kambing, masak secara berasingan dan bolehlah dimakan bersama nasi beriani ini..
Selamat mencuba  ^_^..