Bahan-bahan
2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi / majerin
½ ekor ayam direbus dengan air secukupnya
1 batang serai
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
Sedikit rempah tumis iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kayu
manis, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Rebus ayam bersama sedikit garam dan juga serai sampai empuk. Angkat ayam dan simpan air stoknya untuk masak nasi.
- Basuh beras dan toskan airnya.
- Perapkan ayam seketika dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan rempah hingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau seketika. Selepas itu tuangkan stok ayam.
- Bila nasi hampir masak, susun ayam yg direbus tadi diatas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga masak. Sesekali elok dikacau supaya rata masaknya.