Sunday, 8 June 2014

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik


Bahan-bahannya

1 ekor ayam di potong empat
1 ½ cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
½  camca kecil jintan putih
½ cawan tepung beras
Sedikit asam jawa atau asam keping
Sedikit  cili kering ( jika mahu kuah merah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya


  1. Kisarkan bawang, halia, serai, ketumbar, jintan dan perap bersama selama setengah  jam.
  2. Masukkan sedikit tepung beras yang digaul bersama santan dan bahan lain bersama ayam yang diperap tadi.
  3. Masak sehingga ayam tiga suku masak dan kuah agak pekat.
  4. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  5. Bakar ayam ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama setengah jam atau setelah ayam agak keperangan.
  6. Hidang ayam dicelup dengan kuah lebihan tadi bersama nasi..
 Nyum..nyum ^_^.. 

0 comments:

Post a Comment